Majoriti rakyatnya berbangsa cina, tapi kebanyakan nama jalan guna bahasa melayu, rupanya ini kisah sebenar

Majoriti rakyatnya berbangsa cina, tapi kebanyakan nama jalan guna bahasa melayu, rupanya ini kisah sebenar.

Para pemimpin kita sentiasa diingatkan agar tidak melupakan sejarah dan warisan negara.

Kalau hal ini tak dibuat endah sebab nak kejar populariti segera, yang buruknya negara.

Majoriti rakyatnya berbangsa cina, tapi kebanyakan nama jalan guna bahasa melayu, rupanya ini kisah sebenar

Sebab bila orang lain dakwa figura tertentu jadi sebahagian daripada naratif sejarah mereka, yang melahunya kita.

Dan itu yang berlaku di Singapura di mana sebuah jalan baru yang dinamakan sempena nama Sang Nila Utama akan dibuka.

Ikut keterangan media Singapura, Jalan Sang Nila Utama (Sang Nila Utama Road) akan dibuka kepada lalu lintas kenderaan pada 25 September ini. Jalan dua lorong ini akan dibuka sepenuhnya menjelang separuh pertama 2024.

Dengan kewujudan jalan baru ini, pengguna jalan raya Singapura dapat bergerak ke Mount Vernon Road dari Upper Aljunied Road.

Disebabkan ia dihubungkan dengan Mount Vernon Lane sebelum boleh memasuki Mount Vernon Road, pengguna jalan raya diingatkan agar mengikut penghadang, papan tanda lencongan dan pengawal trafik yang bertugas sebagai panduan.

Kejap, kejap. Kenapa kita nak melenting dengan pengumuman Singapura ini? Jalan je pun. Hakikatnya, ini nak tunjuk bahawa negara jiran kita lebih pandai hargai sejarah daripada kita. Dan ini bukan sekali dibuat kalau ikut kerja yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Contohnya, pada 2019, empat buah patung figura bersejarah Singapura ditempatkan bersama patung Stamford Raffles.

Empat patung figura tersebut ialah Sang Nila Utama, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai. Nama keempat-empat tokoh ini dipilih bagi mewakili sumbangan mereka kepada pembentukan Singapura yang kita kenali hari ini.

Jadi, siapa sebenarnya Sang Nila Utama? Sang Nila Utama merupakan seorang putera Melayu yang berdarah keturunan diraja Srivijaya.

Bagindalah yang kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Sang Nila Utama merupakan putera Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (puteri Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).

Semasa memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga sampai ke sebuah batu besar.

Sebaik memanjat batu besar berkenaan, baginda ternampak sebuah pulau lain dengan pasir pantainya memutih dan indah. Selepas diberitahu pulau tersebut dipanggil Temasek, Sang Nila Utama mengambil keputusan untuk berlayar di situ.

Malangnya, semasa pelayaran, kapal mereka dibadai ribut sekaligus mengakibatkan air mula memasuki kapal. Bagi mengelak kapal karam, anak-anak kapal berusaha meringankan berat kapal dengan membuang semua barang berat dalam laut.

Tetapi air terus memasuki kapal dan ini mendorong sang nakhoda yang mengetuai pelayaran memberitahu Sang Nila Utama untuk membuang mahkota baginda ke laut. Selepas baginda berbuat demikian, ribut yang dialami tiba-tiba berhenti dan akhirnya mereka sampai di Temasek.

Sebaik tiba di situ, Sang Nila Utama bergerak ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba baginda terlihat seekor bintang aneh tetapi cantik yang berbadan merah, berkepala hitam dan berdada putih. Bila ditanya perihal haiwan tersebut, seorang pembesar memberitahu itulah rupa seekor singa.

Melihat ini sebagai satu petanda yang baik, sebuah kerajaan ditubuhkan baginda di Temasek yang diberi nama Singapura yang bermaksud kota Singa.

Sang Nila Utama memerintah Singapura selama 48 tahun. Menjelang tahun 1372, baginda mangkat dan dimakamkan di Bukit Larangan (kini dinamakan sebagai Fort Canning Hill).

Tetapi sehingga hari ini, lokasi sebenar makam baginda tidak diketahui. Disebabkan prestijnya sebagai makam diraja untuk raja-raja Melayu, Raffles sendiri dikatakan mahu dimakamkan di situ.

Jalan Sang Nila Utama merupakan sebahagian daripada pembangunan perumahan terbaru Singapura yang dipanggil Bidadari. Selain jalan, sebuah laluan warisan sejauh 700 meter juga akan dibina dengan setiap papan tanda sepanjang laluan menceritakan bagaimana Singapura wujud.

Salah satu bahagian taman ini turut dinamakan sempena Sang Nila Utama iaitu Sang Nila Utama Boulevard.

Tengoklah betapa sungguh-sungguhnya orang luar martabatkan sejarah figura Melayu. Yang kita ini, tercegat je sambil biar warisan sejarah kita musnah dimamah geng kapitalis atau terbiar dimamah perubahan masa. Malulah sikit.

Bak kata seorang penulis bernama Srikandi, “Memperingati asal usul bangsa akan boleh membantu sesebuah bangsa bertahan dalam saat-saat genting dan goyah dengan bertaut kepada masa silam.” Jangan biar orang lain tuntut dan ubahsuai sejarah figura kita agar bersesuaian dengan naratif mereka!

BACA:

Isteri Hashim Jasin meninggal dunia

Hanya jadi alat tunggangan ahli politik terpaling ‘islam’, Malakat Mall sunyi sepi tanpa pengunjung