Majlis tahlil, doa ganti sambutan ambang tahun baharu Selangor

Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baru yang telah dirancang pada Oktober lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sambutan itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid di Selangor.

Menurutnya, pembatalan program itu adalah sebagai tanda bersimpati dengan insiden banjir di Selangor yang setakat ini sudah mengorbankan 25 nyawa.

Majlis tahlil, doa ganti sambutan ambang tahun baharu Selangor

Menurut Amirudin, sehingga 27 Disember 2021, sebanyak 25 kes kematian direkodkan di Selangor dan jumlah itu dilihat tidak meningkat, kali terakhir jumlah bertambah adalah pada 25 Disember lepas.

“Perkara ini akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi surau-surau dan musala, juga tempat sembahyang di seluruh negeri digalakkan untuk menyertai aktiviti ini dan boleh disusun mengikut kesesuaian.

“Bagi pihak individu, peribadi atau syarikat-syarikat, kumpulan-kumpulan, kerajaan negeri juga menasihatkan mereka untuk membatalkan program perayaan tahun baharu ini.

“Ini sebagai menghormati dan tanda kita bersimpati dengan kejadian banjir yang telah melanda sejak 18 Disember lepas,” katanya pada sidang media khas pada Isnin.

Tambah beliau, sehingga 27 Disember 2021, sebanyak 25 kes kematian direkodkan di Selangor dan jumlah itu dilihat tidak meningkat, kali terakhir jumlah bertambah adalah pada 25 Disember lepas.

“Hari ini dan semalam, tiada kes baharu yang dilaporkan.

“Insya-Allah mulai esok, kita akan mengenal pasti keluarga-keluarga yang telah kehilangan nyawa ini untuk kita sampaikan sumbangan RM10,000 seperti mana yang telah saya umumkan pada 23 Disember lalu,” ujarnya.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

BACA JUGA : Datuk Hattan ‘sound’ Menteri, “Nak bagi bantuan tak payah tepek gambar
Polis siasat majlis perkahwinan artis terkenal

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)