Majlis Pemulihan Negara, Mahathir luah rasa kecewa

Mahathir

Majlis Pemulihan Negara, Mahathir luah rasa kecewa. Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Pemulihan Negara yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipolitikkan apabila majlis itu dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini katanya, berbeza dengan Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan sebelum ini oleh Pejuang.

Justeru Mahathir berkata dia yakin penubuhan majlis itu tidak akan berkesan dalam menangani krisis Covid-19 di negara ini sekarang.

“Cadangan ini meniru cadangan Pejuang untuk membentuk Majlis Pemulihan Negara yang bebas daripada kerajaan. Jika kita ada perdana menteri sebagai pengerusi, dia akan membawa banyak isu politik.

“Masalahnya dengan Muhyiddin adalah dia hanya memikirkan politik, tetapi bukan tentang penderitaan rakyat,” kata Mahathir dalam sidang media dalam talian hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mencadangkan Majlis Pemulihan Negara untuk

Majlis

Kerajaan sebelum ini juga mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diketuai Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN).

Bagaimanapun pada 16 Julai lalu kerajaan mengumumkan JKKPPN digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Mahathir berkata, Muhyiddin belum dapat menunjukkan kejayaan dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini meskipun dia sendiri telah bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk membincangkan langkah yang boleh diambil kerajaan.

“Mereka datang menemui saya untuk minta idea saya tentang bagaimana menangani ini dan saya beritahu semuanya, saya tidak menyembunyikan apa-apa kerana saya fikir ini baik untuk rakyat, tapi kita boleh melihat kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk laksanakan idea yang telah kita berikan kepada mereka.

“Saya beritahu mereka apa yang perlu dilakukan, tetapi mereka tidak lakukan dengan baik, atau tidak dilakukan sama sekali,” katanya.

Beberapa langkah yang dicadangkannya dalam pertemuan dengan Tengku Zafrul termasuk menggunakan kemudahan hotel untuk menyiapkan makanan bagi mereka yang memerlukan, membina lebih banyak hospital tentera yang dilengkapi peralatan oksigen dan bekerjasama dengan hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Mahathir menjelaskan dia memberikan cadangan itu ketika jangkitan Covid-19 mencatatkan angka sekitar 6,000 kes sehari.

Dalam keadaan kes Covid-19 melonjak sehingga 13,000 kes sehari sekarang, Mahathir berkata ia akan menjadi lebih sukar untuk mengurangkan jumlah kes pada masa ini.

Kata Mahathir itulah sebabnya dia yakin masih terdapat keperluan untuk penubuhan badan bebas yang terdiri daripada profesional dari latar belakang yang relevan, termasuk dalam bidang sains, ekonomi dan sosiologi.

Lebih-lebih lagi, katanya, negara ketika ini berdepan kesulitan dengan jumlah kematian dan kes Covid-19 setiap hari, manakala rakyat kini bergelut baik dari segi ekonomi mahupun mental, sehingga sampai ke tahap membunuh diri.

“Semua hal ini perlu ditangani, tetapi kerajaan lebih berminat bagaimana mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan, terutama dengan perdana menteri yang mahu tetap menjadi perdana menteri,” katanya.

Katanya, Pejuang bersedia membantu kerajaan menangani krisis Covid-19 tetapi parti itu mahukan ia bebas daripada sebrang birokrasi dan politik kerajaan.

Malah Mahathir berkata dia bersedia meletak jawatan sebagai Pengerusi Pejuang jika diminta menyertai badan bebas untuk menangani wabak itu, kerana tidak mahu mencampur adukkan perkara itu dengan politik.

“Tetapi kerajaan ini hanya berminat ‘oh kita harus dapat pujian’ kerana ini baik untuk politik mereka.

“Kita mungkin gagal …tapi kami rasa kami mempunyai idea yang dapat membantu mengurangkan jumlah kes baru setiap hari.

“Sebenarnya, kerajaan sendiri berpendapat kita memiliki idea, itulah sebabnya mereka menghantar menteri kewangan untuk bertanya kepada saya apa yang boleh mereka lakukan untuk menangani wabak ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583968

jika Terlepas: Bagaimana Labuan mampu menang hadapi serangan varian Delta?