Majikan syak kerani songlap duit syarikat RM4 juta, masuk akaun peribadi

Seorang

Seorang wanita yang juga kerani di sebuah syarikat pembinaan di Taman Dagang Permai, di sini, ditahan selepas disyaki pecah amanah dengan mengambil wang syarikat kira-kira RM4 juta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat pembinaan berkenaan pada November tahun lalu.

“Laporan itu dibuat selepas pengadu mendapati wang milik syarikat itu dipercayai diambil oleh seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang juga pekerja di syarikat berkenaan.

Majikan syak kerani songlap duit syarikat RM4 juta, masuk akaun peribadi

“Pengadu menyedari wang syarikatnya makin berkurangan di dalam akaun dan mengesyaki ia disebabkan perbuatan keraninya yang mengambil wang berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, terdapat beberapa transaksi dikesan dilakukan oleh suspek ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat yang dianggarkan berjumlah RM4 juta.

“Difahamkan suspek mempunyai akses ke atas akaun bank milik syarikat itu kerana pengadu cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun tahun lalu.

“Tiada individu lain yang boleh mengakses wang terbabit selain suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.

“Siasatan mendapati terdapat dua akaun bank tempatan milik suspek digunakan untuk memindahkan wang syarikat.

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752159/kerani-ditahan-disyaki-songlap-wang-syarikat-kira-kira-rm4-juta

BACA JUGA : 25.5% lengkap vaksinasi positif kategori 3-5 adalah satu nilai yang tinggi