Majikan belasah pekerja kerana puasa sudah kena cekup !!!

Majikan belasah pekerja kerana puasa sudah kena cekup !!!

Empat individu ditahan susulan kes melibatkan dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

“Polis Klang Selatan telah berjaya menangkap empat individu yang disyaki terlibat dengan kejadian ini.

“Semua suspek akan direman di Mahkamah Klang pada Khamis,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, pihaknya kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman.

 

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang undang,” katanya.

Pada Selasa, dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa.
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133641/BERITA/Semasa/Kes-pukul-pengawal-peribadi-Empat-individu-ditahan-polis