Mahu teman pasangan ambil vaksin, duda dan janda dicekup berkhalwat

Mahu teman pasangan ambil vaksin, duda dan janda dicekup berkhalwat.Seorang wanita memberi alasan menemani pasangannya yang akan mendapatkan suntikan vaksin ketika mereka ditangkap berkhalwat di sebuah inap desa di sini, semalam,

Ibu tunggal berusia 33 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang berstatus duda berusia 40 ditahan dalam operasi cegah maksiat, jam 10 malam.

Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sik, Sheikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, operasi berkenaan selepas pihaknya mendapat maklumat awam.

Ketika kejadian, pemeriksaan mendapati pasangan itu ditahan sedang berdua-duaan di dalam bilik di inap desa berkenaan.

teman

“Hasil soal siasat, mereka memberi alasan menginap bersama kerana wanita itu menemani si lelaki yang akan menerima vaksin.

“Pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan.

“Wanita berkenaan sudah pun mengambil dua dos vaksin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, wanita dan lelaki itu berkerja di kilang berasingan di Pulau Pinang.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/751468/alasan-teman-pasangan-yang-mahu-divaksin-katanya

BACA: Lelaki rugi RM65 ribu beli tiket loteri untuk menang RM1.1 juta