Mahkamah tolak rayuan, Ustaz Ahmad Dusuki kalah lagi dengan Dr Mujahid

Mahkamah tolak rayuan, Ustaz Ahmad Dusuki kalah lagi dengan Dr Mujahid.

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat,

Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak saman fitnah difailkannya terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Mahkamah tolak rayuan, Ustaz Ahmad Dusuki kalah lagi dengan Dr Mujahid

Perkara itu disahkan peguam Mujahid, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 September 2022 telah menolak saman fitnah Ahmad Dusuki terhadap Mujahid dengan kos RM11,000.

Saman tersebut difailkan berhubung dengan ciapan Mujahid terhadap Ahmad Dusuki pada 22 November 2020 seperti berikut:

“Seorang Ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan…”

Hakim Mahkamah Sesyen di dalam Keputusannya pada 14 September 2020 yang lalu telah menyatakan:

“Pernyataan dalam Twitter itu bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan islam”

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Khadijah Idris dalam keputusannya hari ini ketika menolak rayuan Ahmad Dusuki telah memberikan alasan ringkas, antaranya mahkamah mendapati defendan telah, atas imbangan kebarangkalian membuktikan bahawa Kenyataan yang Dipertikaikan (KYD) tersebut mempunyai justifikasi.

Katanya, keterangan menunjukkan KYD itu yang merupakan satu tindak balas terhadap kenyataan Plaintif yang disiarkan di YouTube pada 20 Februari 2020 bahawa Tabung Haji (TH) telah menjual aset terdiri dari hotel TH yang merupakan harta orang Islam kepada bukan Islam dan adalah dosa yang kena ditanggung sampai akhirat.

“Keterangan juga menunjukkan terdapat penjelasan dibuat di Parlimen oleh mantan Perdana Menteri (terhadap soalan dikemukakan Defendan) bahawa aset TH yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah syarikat tujuan khas dimiliki sepenuhnya Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan bahawa TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Pemindahan tersebut adalah sebahagian dari pelaksanaan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang diluluskan Kabinet sewaktu Defendan menjadi Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri.

“Terdapat juga keterangan bahawa Plaintif sendiri setuju bahawa hotel TH tidak dijual kepada orang bukan Islam. KYD tersebut adalah suatu tindak balas Defendan terhadap kenyataan Plaintif sendiri yang mengatakan hotel TH telah dijual kepada orang bukan Islam,” hujahnya.

Mahkamah Tinggi hari ini turut memerintahkan Dusuki membayar kos RM7,000 kepada Mujahid.

BACA:

“Lepas kahwin aku bosan sebab isteri macam bisu, tapi respon isteri buat aku menangis meraung bila tahu hal sebenar”

Atuk 70 tahun dedah cara ‘jackpot’ RM 17 juta menang main nombor ekor Sports Toto