Mahkamah tetapkan Ogos depan bicara kes cabul Ebit Lew

Mahkamah tetapkan Ogos depan bicara kes cabul Ebit Lew. Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Jumaat menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Majistret Nur Asyraf Zolhani turut membenarkan permohonan bagi menjalankan 11 pertuduhan itu secara bersama.

Ebit Lew, 37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkait.

Peguam mewakili Ebit Lew, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohammad Ramli manakala Ebit pula turut diwakili dua lagi peguam, Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom.

TONTON

BACA:

Sampai basah tudung akak ni, menangis kucing kesayangan mati

Kecoh artis pukul bekas isteri, akhirnya terdedah siapa..

CATEGORIES