Mahkamah Rayuan batal arahan Husam bayar gantirugi kepada KPK, arah bicara penuh

Mahkamah Rayuan batal arahan Husam bayar gantirugi kepada KPK, arah bicara penuh. Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini membenarkan sebulat suara dengan kos rayuan Datuk Haji Husam Musa ke atas saman oleh Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) bersabit kenyataannya dahulu. Selaras dengan itu, satu perbicaraan semula telah diarahkan dibuat di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi kes ini.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Seri Kamaludin Mohd Said membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan oleh peguam yang mewakili Husam; Mohd Murtadza Mohd Mokhtar dan Amir Shafik Vinkadesh. KPK diwakili peguam Wan Hafiz Wan Zawawi.

Pada 26/8/2021 yang lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengarahkan Husam Musa membayar ganti rugi RM100,000 kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) ekoran kenyataan Husam yang disifatkan sebagai memfitnah KPK.

Mahkamah

Mahkamah sama juga menetapkan Husam membayar kos tindakan sebanyak RM 110,933.92 terhadap penghakiman yang direkodkan terhadap dirinya pada 1 Okt 2019.

Husam bagaimanapun kekal menyatakan bahawa beliau tidak pernah memfitnah KPK.

Dalam kenyataan terbarunya Husam mengucapkan syukur kerana ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuannya supaya saman fitnah oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan – Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Baca: Terkini !!! MoU kerajaan dengan PH setebal 17 muka surat kini dipamer kepada umum

COMMENTS