Mahkamah putuskan kerajaan tak boleh lucut hak barang kemas milik Rosmah

Mahkamah putuskan kerajaan tak boleh lucut hak barang kemas milik Rosmah. Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baca Artikel Penuh