Mahkamah arah Arunakirinathan bayar pampasan, mohon maaf kepada kepada Firdaus Wong

Mahkamah arah Arunakirinathan bayar pampasan, mohon maaf kepada kepada Firdaus Wong

Mahkamah arah Arunakirinathan bayar pampasan, mohon maaf kepada kepada Firdaus Wong. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengarahkan aktivis sosial T Arunakirinathan memohon maaf dan membayar pampasan kepada pendakwah Firdaus Wong Wai Hung.

Menerusi penghakiman persetujuan, Arunakirinathan, 38, diperintahkan untuk menarik balik fitnah serta memohon maaf kepada Firdaus menerusi tulisan dan video di akaun media sosialnya.

Penghakiman melalui sidang video di hadapan Hakim Ahmad Bache’ turut memerintahkan Arunakirinathan selaku defendan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Firdaus selaku plaintif.

Menerusi penghakiman persetujuan itu juga, defendan diarah secara bertulis dan melalui rakaman video untuk memohon maaf secara terbuka kepada Firdaus di Facebook.

Sementara itu, Firdaus ketika dihubungi berkata, beliau menerima tawaran pampasan RM8,000 atas nasihat peguamnya dan menganggap kes saman fitnah terhadap Arunakirinathan itu sudah selesai.

Mahkamah arah Arunakirinathan bayar pampasan, mohon maaf kepada kepada Firdaus Wong

Mahkamah arah Arunakirinathan bayar pampasan, mohon maaf kepada kepada Firdaus Wong

“Atas dasar ihsan (menerima tawaran pampasan) memandangkan beliau (Arunakirinathan) juga kalah saman fitnah kepada Dr Maza (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) sebanyak RM100,000.

“Dan, atas nasihat peguam, saya menerima baik tawaran pampasan RM8,000 sebagai kos kerana tujuan saman bukan kerana duit, tetapi untuk menepis fitnah serta menegakkan kebenaran,” katanya.

Pada 29 Jun 2019, Firdaus memfailkan saman terhadap Arunakirinathan kerana memuat naik kenyataan dan video memfitnah beliau sebagai pengganas, menghina agama lain serta mengubah kitab agama lain.

BACA:

Kondo penuh dengan air najis, “tak tahan nak muntah..”

Jangan lupa semak arah kiblat esok, matahari tepat atas kaabah

Cacar Monyet : KJ umum akan beri vaksin pada rakyat Malaysia

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)