Mahfuz sampaikan sumbangan di rumah pemimpin Pas Pokok Sena

Mahfuz sampaikan sumbangan di rumah pemimpin Pas Pokok Sena. Datuk Mahfuz Omar mencipta sejarah hubungan politik antara AMANAH dengan Pas di Kedah kelmarin apabila beliau menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada golongan yang memerlukan di rumah Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena, Haji Che Ali.

Ia berlaku apabila Che Ali membenarkan rumah beliau di Kampung Pondok Tasak, Mukim Langgar digunakan untuk menyampaikan sumbangan itu oleh Naib Presiden yang juga ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah di rumah Timbalan Yang Dipertua Pas Pokok Sena.

Mahfuz
Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh Pusat Khidmat Parlimen Pokok Sena, antara yang dapat dilihat ketika penerima menerima Bakul Rahmah itu, semua yang hadir berasa kagum melihat kedua pemimpin parti politik yang berlainan dapat duduk sebumbung, mesra dan menyampaikan Bakul Rahmah secara bersama atas jemputan Che Ali.

“Politik berasaskan kasih sayang yang diamalkan Ahli Parlimen Pokok Sena penting bagi membina kepemimpinan yang baik demi kesejahteraan rakyat, bukannya memperjuangkan politik kebencian dan dendam,” kata kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam majlis itu kelihatan Mahfuz dan Che Ali berbual mesra termasuk mengenalpasti senarai nama penerima Bakul Rahmah yang disediakan oleh Che Ali dan pejabat ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/mahfuz-cipta-sejarah-hubungan-politik-sampai-sumbangan-di-rumah-pemimpin-pas/

Jika Terlepas: 10 hari berkampung atas pokok kerana dikepung beruang