Mahfuz persoal tindakan YADIM belanja RM345,000 bayar gaji 12 pegawai pejabat Menteri, Timbalan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggajikan 12 pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut laporan FMT, Mahfuz membidas tindakan YADIM dan menyifatkan ia sebagai pembaziran berikutan Menteri Agama sudah diperuntukkan pegawai sendiri oleh kerajaan.

Mahfuz persoal tindakan YADIM belanja RM345,000 bayar gaji 12 pegawai pejabat Menteri, Timbalan

Peruntukan itu tidak adil kerana YADIM perlu membayar RM345,000 setahun untuk gaji 12 pegawai tersebut, kata Mahfuz Omar.

Beliau ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat berkata, “YADIM telah menggajikan 12 orang pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu untuk Menteri Agama dan juga timbalannya.

“Apa perlu sampai 10 orang pegawai untuk Menteri Agama dan dua pegawai untuk Timbalan Menteri Agama untuk digajikan oleh YADIM.

“Ini seharusnya tidak patut berlaku. Tidak cukup lagi ke pegawai sedia ada diberikan kepada menteri.”

Mengulas lanjut, Mahfuz turut mendakwa peruntukan itu tidak adil kerana YADIM perlu membayar RM345,000 setahun untuk gaji 12 pegawai tersebut.

“Sudah sampai masa kerajaan mengurangkan bilangan anggota dalam agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam negara.

“Ini untuk kurangkan pembayaran yang tidak berikan atau mendapatkan pulangan yang baik daripada pengendalian agensi ataupun GLC yang ada,” katanya.

BACA JUGA : Terkini !!! Mahkamah tolak lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah
Jokowi antara 50 tokoh Islam berpengaruh dunia, tiada tokoh Islam dari Malaysia tersenarai

CATEGORIES