Macamana kerajaan berfikir sampai kedai gunting rambut pun boleh lulus?

Aku tak tahu..Bagaimana kabinet.. MKN ,Menteri ekonomi cara mereka berfikir.. Bagaimana nak gerakkan Ekonomi.. Lalu mencadangkan Kedai Gunting rambut.. Kedai rawatan urut dan bekam Tradisional dibuka…Sedangkan inilah satu bentuk Kontak rapat…Satu bentuk keadaan boleh berlakunya jangkitan..

Agaknya masa mesyuarat,Menteri Menteri pakat sembang mcm ni..Datuk Seri, rambut jemaah menteri kita ni dah panjang..saya cadangkan Kedai gunting rambut dibuka.. Lepas tu sorang Menteri lagi cadang, Badan saya ni dah letih..Mungkin kita bukan kedai rawatan Tradisional..Kedai Bekam dan urut..

Sepatutnya kita kena berfikir bagaimana nak menggerakkan Ekonomi..Atau menolong kelompok yang kais pagi makan pagi.. bergaji harian, Bukan berfikir bagaimana nak urus rambut kita yang panjang…sektor paling besar adalah kelompok retailer.. Pernah kita tanya apa nasib mereka ini..

Tapi yang terima nasib yang teruk..Perniagaan yang tidak ada kaitan dengan kontak rapat..Umpamanya Syarikat Printing.. Syarikat service, Komputer,Mobile dan aksesori..Syarikat retail dan Kedai makan..Food Truck, jauh lebih baik mereka dibenarkan beroperasi, walaupun sampai 10 malam mencari rezeki.. hatta yang berniaga , retailer di Pasaraya dan mall ,pernah kita dengan Kluster Pasaraya ? tidak..

Sebagai Contoh, Kedai Food Truck, Penjaja tepi jalan..Contact depa hanya ketika mereka buat bayaran..begitu juga yang jual Burger..Mereka ini tidak terdedah..Lantak lah depa nak meniaga sampai pulukl 12 malam pun..Tetapi perniagaan depa dipaksa tutup..Begitu juga peniaga pasar Tani dan Pasar malam..

Malangnya kelompok yang kais pagi makan pagi..Kelompok gaji hari ini terjejas teruk.. Tapi apakah kita nak biarkan kelompok perawat Tradisional..atau pemotong rambut, atau pemotong rumput sekalipun ini dibiarkan tanpa Pendapatan..Disinilah model Singapura boleh digunakan pakai, gantian pendapatan pada mereka yang bekerja sendiri..

Itu sebab aku kata sejak awal..Depa dari soal pengurusan Ekonomi..atau Bantuan sara hidup bagi yang kehilangan pekerjaan..Bukan saja dibuat secara rambang..tapi tidak bersasar.

Terus terang aku rasa.. Aku pelik cara Menteri dan depa yang jaga keselamatan ini berfikir..memang Ekonomi kita teruk lah kalau kelompok ni memerintah..depa tak faham apa pun.

tapi bila kita fikir balik..Apa yang boleh kita harap..memang depa Kerajaan tebuk Atap.. lebih kurang gerombolan dalam cerita Ali Baba yang duduk dalam Gua la.

Ipohmali

Sumber :