Macam mana boleh kata Tommy setuju, peguam bidas Najib

DS Najib Razak suka ulang berita kononnya keputusan representasi anak tirinya, Riza Aziz adalah pada 25 Februari, jadi ia konon dibuat oleh mantan Peguam Negara TS Tommy Thomas.

Tetapi sebenarnya ada berita bertarikh 12 Mac dan 2 April yang membuktikan bahawa setakat tarikh-tarikh tersebut, pihak Peguam Negara belum buat keputusan mengenai surat representasi yang dihantar oleh peguam Riza.

28 Februari – TS Tommy letak jawatan sebagai Peguam Negara.

12 Mac – “Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal mengemukakan tarikh baru perbicaraan kes itu bagi membenarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat keputusan mengenai surat perwakilan Riza.

Norzilati Izhani memberi alasan kerana Peguam Negara baru (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun) perlu meneliti surat berkenaan.”

Pautan: https://www.malaysiakini.com/news/514347

2 April – “Peguam Riza, Datuk Hariharan Tara Singh berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil representasi itu.

“AGC masih belum menjawab permohonan representasi anak guam saya,” katanya melalui mesej WhatsApp hari ini.”

Pautan: https://www.malaysiakini.com/news/518363

Jadi macam mana boleh kata Tommy yang setuju?

UPDATE dengan komen orang lain yang diambil daripada FB peribadi saya:

Sungguhpun jika Tommy Thomas bersetuju, terdapat lebih dua bulan masa untuk Tan Sri Idrus Harun membuat keputusan samada bersetuju atau mengubah persetujuan Tommy Thomas.

Sepatutnya SPRM sebut ianya dipersetujui oleh Peguam Negara yang baru, barulah ia nampak ada autoriti. Jika petik nama Tommy Thomas, nampak macam nak menyalahkan saja.