‘Macam kucing!’ Lembu terkecil dunia undang perhatian ramai

Sebuah cerita tentang seekor lembu di Bangladesh telah menjadi bualan hangat kerana keistimewaannya yang luar biasa.

Lembu putih yang bernama Rani ini mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya daripada lembu lain.

Rani, yang berwarna putih, mempunyai saiz yang sangat kecil untuk sejenis lembu.

'Macam kucing!' Lembu terkecil dunia undang perhatian ramai

Tingginya hanya mencapai 51 sentimeter dan beratnya hanya 28 kilogram.

Keunikannya ini telah menarik perhatian ramai orang, yang berduyun-duyun datang dari pelbagai tempat untuk melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Baca Artikel Penuh