Rumah yang terletak di Kuala Penyu, Sabah, menarik perhatian ramai disebabkan beranda yang unik,
Mirip pusat peranginan, dan dihiasi dengan pelbagai perabot dan barang hiasan cantik yang biasanya terdapat di dalam rumah.
Perkongsian mengenai rumah ini dibuat oleh pengguna TikTok @zyzy_fazzy,
yang menunjukkan bahawa rumah tersebut mempunyai beranda luas tanpa dinding dan turut dilengkapi dengan penggera keselamatan.
Keseluruhan suasana rumah ini dianggap menarik dan cantik oleh orang ramai yang memberikan pelbagai komen positif. Ramai yang teruja dengan rekaan beranda dan hiasan rumah yang seperti pusat peranginan.
Luar memang rumah kampung sekali dalam dah macam resort
Beberapa komen menyatakan impian untuk memiliki rumah sendiri seperti itu, dan ada yang menyatakan kekagumannya terhadap kecantikan reka bentuk rumah tersebut.
@zyzy_fazzy Assalamualaikum.. maaf tak terjawab pertanyaan.. Ni beranda di luar rumah je.. Baru siap renovation.. Rumah mcm biasa ada bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik mandi dll… cuma idea nak buat beranda dr abg sulung… nak santai² di luar sbb laman depan masi luas..menjawab pertanyaan korg.. sofa dlm vtt tu sofa lama kena upgred skit😅..yg lain tu kerusi besi dan rotan khas utk outdoor.. tv dlm vtt tu semua kena gari di tiang ya😂.. cctv ada alarm sensor.. pantang ada org 1 kg bergegar🤣🤣 rumah sekeliling berpagar besi ya.. kiri kanan rumah saudara.. langsir jenis outdoor.. tempias hujan ringan² je.. banjir tak pernah berlaku.. Doakan yg baik² sja ya bro & sis.. Amin.. #myfamily❤️ #villagelife #fyp ♬ my girl korean drama OST – rose♡
Pengguna @PAT menganggap beranda rumah tersebut lebih seperti lobi hotel dan berharap mempunyai rumah sendiri yang serupa.
Selain itu, ada juga yang mengungkapkan kegembiraan jika dapat bersantai di luar rumah seperti itu ketika Hari Raya.
Kebanyakan komen menyatakan kagum terhadap kecantikan beranda dan merancang untuk memiliki rumah dengan rekaan serupa.