Sebuah ‘Bandar Hari Kiamat’ yang dikatakan mampu bertahan daripada sebarang malapetaka kini telah dibina dan dibuka untuk tempahan orang awam.
Menurut The Sun, bandar tersebut terletak di kawasan pergunungan Black Hills di Dakota Selatan, Amerika Syarikat,
Dengan 575 kubu bawah tanah yang mampu menempatkan sehingga 10,000 orang penghuni.
Kawasan ini sebelumnya merupakan bekas pangkalan tentera yang membentang sepanjang 18 batu dan digunakan sebagai gudang simpanan bom dan peluru berpandu antara 1942 hingga 1967.
Pangkalan itu kini telah diubahsuai menjadi kubu bawah tanah yang dikenali sebagai Vivos, sebagai sebahagian daripada ‘projek kemandirian manusia yang epik’.
Pengarah Eksekutif projek, Dante Vicino, mengesahkan bahawa Vivos, kini dikenali sebagai projek survival kemanusiaan yang epik, bersedia pada bila-bila masa dan untuk apa sahaja kemungkinan yang berlaku.
Kubu tersebut dikatakan mampu memberikan perlindungan kepada penghuninya selama setahun tanpa perlu kembali ke permukaan.
Menurut Dante, tempahan kubu tersebut telah meningkat secara ketara sejak ancaman pandemik dan perang di Ukraine.
Permintaan yang tinggi ini disifatkan sebagai respons terhadap fasa yang berbahaya dan keperluan untuk perlindungan sepanjang hayat, terutamanya bagi mereka yang ingin berlindung daripada sebarang bencana sehingga ia berakhir.
Reka bentuk dalaman kubu bawah tanah tersebut menyerupai sebuah rumah dengan ruang terbuka dan kemudahan seperti gim, pawagam, dan sangkar haiwan peliharaan.
Setiap kubu dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, dan pelbagai kemudahan selesa seperti sofa, permaidani, kelengkapan dapur, dan sebagainya.
Vivos menawarkan empat pakej kubu bawah tanah yang berbeza, sesuai dengan citarasa dan keperluan pelanggan
. Dengan peningkatan permintaan yang mencolok, Dante mencatatkan peningkatan 2,000 peratus dari tahun ke tahun, dengan jualan meningkat lebih daripada 300 peratus.
BACA: ‘Buat baik dibalas baik’, ikhlas bantu orang susah, peniaga ini dapat hadiah rumah dan wang RM47000