Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Yang sangat terkesan apabila COVID19 melanda ni adalah kakitangan kesihatan. Tak kira doktor pakar atau doktor biasa, jururawat atau PPP, PPK atau pemandu kenderaan, juruteknologi makmal atau pengurusan, dan juga semua peringkat tak kira atasan atau bawahan. Kerja meningkat berkali ganda, cuti masing2 dibekukan, risiko dijangkiti penyakit pula tinggi sebab di barisan hadapan, yang bekerja suami isteri pening nak tinggal anak kat mana sebab sekolah dan pusat asuhan tutup, macam-macam lagi. Rasa tertekan tak usah cerita – ramai mengadu semakin ‘burnout’.

Tiba-tiba PM announce elaun khas rm600 pada doktor dan kakitangan kesihatan. Wah. Doktor dan kakitangan kesihatan seronok; sekurang-kurangnya dapat la melegakan hati dan jiwa yang sedang lara. Kerja berat pun rasa terubat.

Selang beberapa hari pekeliling pun diedar. Tak semua dapat elaun khas tadi rupa-rupanya. Kalau kerja secara langsung dengan rantaian pengurusan, menangani dan membendung wabak COVID-19 sahaja yang dapat. Yang lain, tak dapat.

Yang berpeluh jaga screening pesakit di pintu masuk hospital, tak dapat.
Sebab dia tak ‘direct’ dengan pesakit covid19. Padahal kalau tidak ada wabak covid ni, mereka tak perlu pun jaga screening counter. Mereka boleh buat tugasan masing2 di wad.
Padahal mereka lah yang memastikan potensi jangkitan covid tidak masuk ke hospital dan menjangkiti orang lain. Tapi tidak, mereka tidak dikira merawat pesakit covid.

Yang bertugas memang secara langsung jaga pesakit Covid19, tapi tak cukup 15 hari juga tak dapat penuh rm600. Walaupun katakan mereka perlu kerja secara bergilir selang sehari atau dua mengikut jadual, menyebabkan di dalam rotation itu tak sampai 15 hari mereka jaga pesakit covid. Walaupun di hari lain mereka tetap sibuk bekerja merawat pesakit bukan covid yang lain. Cuma dapat separuh sahaja.

Kakitangan di jabatan kecemasan yang tak terlibat secara langsung dengan rawatan pesakit covid19 juga tidak dapat. Walaupun dia bertugas di kawasan berisiko tinggi yang mungkin terdedah kepada pesakit covid 19. Tidak dapat kerana dikira tidak merawat covid secara langsung.

Di peringkat daerah, pemandu dan ambulans terpaksa travel dari pusat tanggungjawab masing-masing untuk bertugas secara standby di hospital tertiari, seawal 7 pagi dan tunggu pula hingga ke 10 malam. Tapi rupanya tak dapat elaun khas, kerana tiada pesakit covid 19 yang dihantar sepanjang tempoh standby itu, walaupun ada yang diarah bertugas sehingga 3 kali seminggu.

Kakitangan KKM juga sedar akan hakikat, bekalan PPE akan diutamakan kepada hospital dan kawasan perkhidmatan yang merawat covid secara langsung. Hasilnya, perlindungan untuk mereka adalah lebih baik berbanding kakitangan yang bertugas di kawasan perkhidmatan yang dianggap tidak merawat covid secara langsung. Mereka tidak memakai PPE lengkap. Dalam keadaan sekarang di mana setiap pesakit merupakan potensi pembawa virus ini, maka mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah.

Atas sebab2 ini, wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula beberapa aspek di atas, bagi memastikan kakitangan KKM terus kuat dan bersemangat di barisan hadapan dalam perang melawan COVID 19 ini.

Sekian.

Luahan mereka.
………………….

Justeru, luahan ini bukanlah untuk menghentam kerajaan semata-mata, tetapi memohon agar kerajaan mempertimbangkan agar mereka yang terlibat sama jua diberikan perhatian.

Ammar Atan
Mantan Pegawai Khas Mantan Menteri Kesihatan 2018-2020.

Sumber :