Lori bawa haiwan terbabas, babi berkeliaran di lebuhraya undang reaksi netizen

Satu insiden yang di luar jangkaan. Baru-baru ini di Jakarta, Indonesia, kelihatan berpuluh-puluh ekor babi berkeliaran

Di sebuah jalan raya bertol selepas lori yang membawa haiwan itu terlibat dengan kemalangan

Dalam kejadian itu, terdapat sejumlah babi yang bergerak ke tengah jalan raya di Jalan Tol Ngawi-Kertosono, Jawa Timur.

Lori bawa haiwan terbabas, babi berkeliaran di lebuhraya undang reaksi netizen

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menangkap semula haiwan tersebut daripada membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Lalu Lintas Nganjuk, Iptu Heri Buntoro berkata, lori itu terbalik kerana mengalami masalah pada sebuah tayarnya.

Tambahnya, kejadian itu berlaku ketika lori tersebut bergerak di Jalan Tol Ngawi-Kertosono dari arah timur ke barat.

Setibanya di Kilometer 651.600 tayar belakang sebelah kanan lori itu pecah menyebabkan ia bergerak ke kanan sebelum terbalik

BACA: ‘Nyottt..Nyottt..”, Rupanya ini pemilik suara kartun Pingu