Lompat parti : Permohonan Zuraida batal saman RM10j PKR ditolak

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat dilaporkan menolak permohonan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan saman PKR yang menuntut RM10 juta terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam penghakimannya berkata, ia bukanlah suatu tuntutan yang boleh dibatalkan di bawah Aturan 18.k.19 KKM 2021.

“Mahkamah mendapati isu mengenai bon yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Ampang itu, pada 25 April 2018 perlu dijelaskan dalam perbicaraan penuh.

“Beliau perlu memberikan keterangan sebab beliau menandatanganinya dan sama ada wujud syarat yang tersirat,” katanya.

zuraida

Beliau berkata, saksi daripada kedua-dua pihak perlu memberi keterangan untuk menjelaskan tujuan bon tersebut dilaksanakan.

Oleh itu katanya, mahkamah berpendapat adalah tidak wajar tuntutan ini dibatalkan di peringkat ini.

Susulan keputusan itu, mahkamah mengenakan kos RM5,000 terhadap Zuraida berhubung permohonan membatalkan saman PKR berkenaan tertakluk kepada fi alokatur.

 

BACA JUGA :

PRU15 : Wajah segar seperti Adly perlu terajui PH, yang tua perlu beri laluan

Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka jam 12.58 tengah malam tadi

Isu judi : Akhirnya Sanusi mohon maaf

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    you have a great blog here! would you like to make some invite posts on my blog?

    http://www.frolpwecerit.com/