Selepas 12 jam berada dalam lokap, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan mengikut Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, petang semalam, dibebaskan pagi tadi.
Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), dibebaskan pada jam 10.30 pagi tadi selepas bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) sejak jam 10 malam tadi.
Semalam, Lokman dipanggil memberikan keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman, berhubung berhubung satu video ‘Live’ – Kerajaan Pakatan Harap (PH) Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib. Setiausaha PMB, Lisa Yahaya, menerusi satu kenyataan semalam, memaklumkan Lokman ditahan selepas dipanggil untuk hadir di JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan pada jam 2 petang.
“Sebaik proses rakam keterangan ke atasnya selesai , beliau diberitahu akan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. “Pada sekitar jam 10.00 malam, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan diarahkan bermalam di situ dan dijangka dibebaskan esok (hari ini),” katanya.
Beliau berkata, pihaknya kesal dengan penahanan itu selain tidak ada keperluan untuk Lokman bermalam di dalam lokap. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh Bukit Aman berhubung penahanan dan pembebasan Lokman.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/518559/lokman-noor-adam-dibebaskan