Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai

Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai

Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai. Sudah lama sangat kita tak dengar khabar tentang bintang utama ‘Lagenda Budak Setan & Istanbul Aku Datang’, Datin Lisa Surihani sejak berumah tangga.

Sekitar dua tahun lalu, pelakon wanita ini mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej bertudung. Sejak itu, satu persatu perubahan dari segi penampilan selebriti berkenaan dapat dilihat dengan jelas.

Kini aktif buat kerja-kerja amal dan tak lagi dilihat bintangi mana-mana drama

Bahagia dengan 3 orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Eunos Lateh, Lisa kini sudah tidak lagi dilihat membintangi mana-mana drama. Walau bagaimanapun, isteri kepada pengarah Datuk Yusry KRU ini tetap aktif dengan kerja-kerja amal bersama beberapa agensi NGO.

Terbaru semalam, julung-julung kali artis wanita itu dijemput tampil menerusi rancangan ‘MeleTOP’.

Lisa Surihani datang Meletop tak pakai make-up dipuji ramai

Ayu dengan persalinan jubah labuh warna pastel lengkap dengan sarung lengan, dan juga kaki

Dengan menyarung jubah labuh berona pastel, dan turut mengenakan sarung lengan dan juga kaki, imej tertutup Lisa kelihatan cukup kemas. Malah wanita itu juga seperti tidak memakai sebarang makeup di wajahnya termasuklah lipstick.

Namun kecantikan serta keayuan tetap terserlah menerusi senyuman manis selebriti tersebut.

Secalit warna pun tak ada di wajah beliau…Dalam ramai-ramai, Lisa ni memang nampak sangat keikhlasan dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui seakan terpegun pula melihat penampilan terkini Lisa Surihani.

Malah mereka juga akui kagum serta ingin menjadikan pelakon wanita itu sebagai satu sumber inspirasi dalam aspek hijrah ini.

BACA:

Penampilan terkini Lisa Surihani jadi bualan orang ramai

Kisah hijrah Lisa Surihani jadi tular, “ramai yang tak tahu..”

Wartawan ni selamba selak baju artis di red carpet Meletop Era

CATEGORIES