Lima pelajar madrasah ditahan ‘ragging’ junior

Seorang

Lima pelajar madrasah ditahan ‘ragging’ junior. Tindakan lima remaja mendera dan membuli pelajar junior di sebuah Madrasah Tahfiz di Hulu Langat dekat sini sehingga cedera mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Penahanan suspek berusia lingkungan 14 sehingga 24 tahun itu yang juga merupakan pelajar senior di Madrasah tersebut dilakukan selepas satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang dibuat oleh bapa saudara mangsa kira-kira pukul 6.19 pagi.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki memaklumkan bahawa anak saudaranya berusia 11 dan 12 tahun yang juga pelajar tahun kedua telah dibuli dan dipukul oleh pelajar senior di madrasah berkenaan.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal di muka dan badan dipercayai akibat ditampar, ditumbuk dan ditendang oleh pelajar senior berkenaan.

Malah, jelas beliau, kejadian itu dipercayai telah berlanjutan selama beberapa bulan dimana kedua-dua mangsa telah dibuli atau ‘raging’ tanpa pengetahuan pihak Madrasah selain itu mangsa juga diugut supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa.

“Kedua-dua mangsa kemudian telah dirujuk ke hospital dan doktor telah mengesahkan salah seorang mangsa mengalami kecederaan pendarahan di mata kiri dan seorang lagi perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

“Atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kemudian telah berjaya membuat tangkapan ke lima pelajar senior di Madrasah tersebut pada hari yang sama dan mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Pihak Polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Kajang

BACA: KKM siap sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 akibat PRN Melaka

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 3 days

    You really make it seem so easy with your presentation but I find this topic to be really something which I think I would never understand. It seems too complex and very broad for me. I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

    http://www.frolpwecerit.com/