LGE terkejut peruntukan hospital ditarik balik saat Covid-19

Mantan menteri kewangan Lim Guan Eng agak terkejut apa yang dimaklumkan oleh Dr Saiful iaitu pengarah Hospital Seberang Jaya ketika beliau menyampaikan sumbangan kepada frontliners.

Dalam coretan beliau di akaun twitternya:-
“Saya sempat berborak dgn pengarah hospital Dr. Saiful dan malangnya saya difahamkan kelulusan peruntukan RM400,000 semasa saya di MOF utk membeli bekalan perubatan ditarik balik. Saya berharap kerajaan pusat akan memberikan semula peruntukan tersebut kepada Hospital Seberang Jaya.

Tweet beliau telah mendapat pelbagai komen orang ramai antaranya:-

KayM44361500:
Saya orang utara dan Seberang Prai ramai orang Melayu. Please be serious anda look into it.

Farah Zain:
Kenapa ketawakan hospital yg dah ditarik peruntukan. Seberang Jaya ramai Melayu. Yg sakit nak masuk hospital tu pun orang Melayu juga.

Malah terdapat juga komen yang dangkal seperti:-

Zainazrai:
Dengar boleh percaya jangan.

Sehingga komen beliau di reply oleh pemilik akaun whkhoo ” Bro pengarah hospital bagi tahu…lain kali tlg baca dan faham dulu sebelum komen..buat malu melayu

Sehingga ada yang reply mendoakan Pengarah Hospital Seberang Jaya tidak ditukarkan. Pemilik akaun Helmi menulis
“Jgn Dr. Saiful kena transfer lepas ni sudah la”.

Sampai tahap begitu sekali rakyat menilai kerajaan Pintu Belakang.