LGE beri 7 hari kepada Muhyiddin? Kes apa ni? Ohh, rupa-rupanya ini yang Muhyiddin buat

LGE beri 7 hari kepada Muhyiddin? Kes apa ni? Ohh, rupa-rupanya ini yang Muhyiddin buat. Pengerusi DAP Lim Guan Eng menghantar surat tuntutan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Menuntut Presiden BERSATU itu menarik balik kenyataan dan memohon maaf segera berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Salinan surat tuntutan kepada bekas Perdana Menteri kelapan itu dikongsi Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi akuan media sosial miliknya.

LGE beri 7 hari kepada Muhyiddin? Kes apa ni? Ohh, rupa-rupanya ini yang Muhyiddin buat

Berdasarkan salinan dokumen yang dimuat naik itu, surat berkenaan dihantar kepada Muhyiddin menerusi Tetuan Gouk, hari ini.

Mengikut surat tuntutan itu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab atas pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary menerusi tiga kenyataan berasingan.

Baca Artikel Penuh