Lepas seminggu sertai PUTRA, akhirnya Tun M dedah sebabnya

Lepas seminggu sertai PUTRA, akhirnya Tun M dedah sebabnya. Tun Dr Mahathir bersama 13 lagi ahli yang sebelum ini keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) hari ini.

Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG, Armin Baniaz Pahamin mengesahkan mengenai perkara itu di laman Facebook hari ini.

Menerusi status yang dimuat naik, Armin berkata Dr Mahathir mendaftar keahliannya bagi meneruskan perjuangan politiknya bersama PUTRA.

Lepas seminggu sertai PUTRA, akhirnya Tun M dedah sebabnya

“Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu.

“Doakan semoga Allah permudahkan perjuangan kami. Hanya melalui penyatuan orang-orang melayu dapat kita bersatu menyelesaikan masalah bangsa demi agama dan tanah air,” katanya.

Baca Artikel Penuh