Lepas Perodua, Proton X50 sport edition pula tampil dengan banyak kelebihan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan X50 Sport Edition,

sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang merupakan versi dinaik taraf daripada varian X50 Premium.

Reka Bentuk Lebih Dinamik

X50 Sport Edition tampil dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk kit badan pada bahagian hadapan, belakang, dan skirting tepi.

Dibalut dalam warna Quartz Black, model ini dipadankan dengan skirting berwarna merah, yang turut menyerlahkan gril bahagian bawah dan bampar belakang.

Lepas Perodua, Proton X50 sport edition pula tampil dengan banyak kelebihan

Kombinasi warna hitam dan merah ini memberikan gaya sporty yang lebih menonjol.

Penampilan luaran juga dilengkapi dengan pelekat merah pada badan dan rim hitam bersaiz 18 inci, menambah elemen agresif pada rekaan keseluruhan.

Kabin Serba Istimewa

Di bahagian dalam, X50 Sport Edition hadir dengan pengecas tanpa wayar, karpet edisi khas, scuff plate, dan tray but, menjadikannya lebih eksklusif.

Prestasi Tidak Berubah

Dari segi mekanikal, tiada perubahan dibuat. SUV ini masih dilengkapi dengan enjin 1.5L TGDi yang digabungkan dengan transmisi dual-clutch (DCT) 7 kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 177 PS dan tork 255 Nm.

Keselamatan Termaju

Ciri keselamatan pada X50 Sport Edition juga kekal sama seperti varian Premium, termasuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS). Antara ciri utama adalah kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

Harga dan Jangkaan Pasaran

Harga bagi varian Premium adalah sekitar RM113,300. Dengan penambahbaikan yang ditampilkan, harga X50 Sport Edition dijangka sedikit lebih tinggi.

X50 Sport Edition ini dijangka menarik perhatian pengguna yang mencari SUV kompak dengan rekaan sporty dan ciri-ciri premium.

BACA: Indah khabar dari rupa, warga asing kecewa pekerja di Malaysia terlalu toksik