“Lepas kahwin, banyak kejutan aku dapat, pasal pesakit di hospital semua dia ingat tapi anak tudung pun dia boleh lupa, nasib aku yang urus dia”

Saja meluah di sini sekadar bercerita dan melepaskan rasa. Esok anniversary kami yang ke 23 tahun. Aku berkenalan dengan Athia lepas terjumpa masa kenduri kahwin orang lain.

Aku tengok dia terus jatuh hati entah kenapa dia nampak cantik di mata aku walaupun masa tu dia sedang makan tak ingat dunia.

Lepas pada itu aku mintak kawan tolong kenalkan kami. Tapi itu lah. Kawan yang nak tolong kenalkan pun tak terlalu kenal dia sebab katanya si Athia ni tak campur orang sangat.

"Lepas kahwin, banyak kejutan aku dapat, pasal pesakit di hospital semua dia ingat tapi anak tudung pun dia boleh lupa, nasib aku yang urus dia"

Yang aku tahu masa tu family dia baik – baik dan Athia sendiri tiada cerita tak sedap didengar.

Bila bercakap dengan dia ada vibe garang tapi kelakar. Mulanya aku tak tahu dia ni kerja doktor. Kalau aku tahu awal – awal aku tak cuba berkenalan. Tapi itu lah dah terlajak suka, proceed saja. Sepanjang perkenalan banyak berhubung dengan family dia je. Dia busy kerja kan.

Baca Artikel Penuh