“Lepas dia bersalin, kucar-kacir kehidupan aku, rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam tu kalau aku tak angkat, kat situlah seminggu”

Assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini hanya menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja.

Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu – rayu untuk terima anaknya bagi tutup a1b dan mulut jiran setempat.

"Lepas dia bersalin, kucar-kacir kehidupan aku, rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam tu kalau aku tak angkat, kat situlah seminggu"

Kata – kata ibu dia buat aku lemah, Tak dapat tolak dan rela jadi pak sanggup. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah.

Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jadi pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi rumah macam tongkang pecah.

Baca Artikel Penuh