“Lepas cerai suami langsung tak nak call aku, masa dalam iddah aku tanya pasal rujuk tapi suami dah keras hati”

Tulisan ini aku garapkan buat insan yang bergelar bekas suami. Dia dah tak sudi untuk berhubung walau membaIas mesej aku di whatsapp.

Walau aku merayu minta dia call sebab aku terlalu rindu. Aku bukan merayu untuk dirujuk sebab tempoh iddah sudah berakhir sebulan lalu.

Orang terdekat berkata orang sudah tak sudi untuk apalah aku terkejar – kejar. Aku sudah tak mengejar.

"Lepas cerai suami langsung tak nak call aku, masa dalam iddah aku tanya pasal rujuk tapi suami dah keras hati"

Dari awal, sejak terlafaznya talak, aku sudah berhenti mengejar. Hanya sesekali aku bertanya di saat aku sudah datang bulan di masa iddah. Aku bertanya bila dia mahu merujuk aku. Sebab aku terlalu rindukan dia.

Dia jawab dia sudah bahagia begini dan minta aku supaya move on. Selepas itu cuma kali ini aku meminta. Minta dia untuk call aku. Aku cuma nak mendengar suara setelah 4 bulan aku dan dia menyepi. Di saat aku tak sihat begini, hati aku amatlah terkenangkan dia.

Baca Artikel Penuh