Lembu lebih besar dari Viva tarik perhatian di Terengganu

Lembu lebih besar dari Viva tarik perhatian di Terengganu

Lembu lebih besar dari Viva tarik perhatian di Terengganu. “Saya beli lembu itu dengan harga RM18,500 pada 2020 ketika berusia setahun,” kata Mohd Yusoff Mohamad.

Mohd Yusoff, 32, dari Kampung Banggol Katong ialah pemilik lembu baka limosin seberat 1,400 kilogram (kg) atau satu tan 400 kilogram yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Lembu jantan yang dipanggil King itu menarik perhatian ramai apabila gambarnya bersama kereta Perodua Viva menjadi tular.

Foto itu memaparkan lembu baka limosin berusia empat tahun itu lebih besar berbanding Produa Viva.

Katanya, dia bergiat dalam bidang penternakan lembu sejak lima tahu lalu.

Lembu lebih besar dari Viva tarik perhatian di Terengganu

“Sebelum ini saya bela lembu kampung atau baka Kedah Kelantan (KK) saja.

“Tetapi, sejak tiga tahun lalu saya beralih kepada lembu baka atau sado itu kerana ia lebih menguntungkan.

“Sebelum ini saya pernah membeli lembu baka berharga RM12,000 dan RM13,000, tetapi lembu itu dijual semula selepas beberapa bulan,” katanya.

Tambahnya, lembu limosin itu paling disayangi sehingga membelanya selama tiga tahun.

“Ramai penternak mahu beli lembu itu. Terkini, pada tahun lalu ada yang tawar harga RM24,000, tetapi saya enggan menjualnya.

“Saya membelanya terlalu lama menyebabkan sayang untuk menjualnya.

“Bagaimanapun, adat membela lembu, sayang macam mana sekalipun pada akhirnya ia dijual juga sekiranya harga ditawarkan bersesuaian,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman penternak lain, lembu baka limosin itu boleh membesar dan mencapai berat sehingga 1 tan 800 kg sekiranya dijaga dengan baik.

“Saya terus membelanya dan ingin melihat saiz yang boleh dicapai pada masa akan datang,” katanya.

BACA:

MKT Umno : Tajuddin ‘ditendang’, Isham Jalil dibawa masuk

PRU segera, Hadi Awang buka mulut

Tragis..orang ramai terkejut tengok lelaki maut atas pokok di Kelantan

CATEGORIES