Lemah matematik dan gagal temuduga KFC, kini lelaki ini miliki syarikat bernilai ratusan billion ringgit

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Pernah mengalami kesusahan hidup sejak dari kecil dan dilahirkan dalam keluarga sederhana.

Keputusan ujian matematik yang teruk semasa di sekolah rendah menyebabkan beberapa sekolah enggan menerima beliau sebagai pelajar.

Pernah memohon kerja di KFC, tetapi daripada 24 calon yang hadir, beliau satu-satunya yang gagal, manakala 23 calon lain diterima bekerja di rangkaian restoran makanan segera tersebut.

Menghadiri 30 temuduga tetapi gagal dalam kesemua temuduga tersebut dan tidak ditawarkan satu kerja pun.

Namun, segala halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk berjaya.

Lemah matematik dan gagal temuduga KFC, kini lelaki ini miliki syarikat bernilai ratusan billion ringgit

Sejak berusia 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motosikal selama 40 minit setiap hari untuk belajar bahasa Inggeris dengan bergaul dengan pelancong asing.

Pengalaman bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun ini banyak mengubah pandangan hidupnya. Malah, beliau percaya bahawa beliau berfikiran lebih global berbanding kebanyakan penduduk di negaranya.

Akhirnya, beliau memulakan kerjaya pertama sebagai guru Bahasa Inggeris.

Semasa bekerja di Amerika Syarikat, beliau mendapati tiada maklumat tentang negaranya di internet. Penemuan ini mendorong beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet selepas pulang ke negaranya.

Kini, portal jualan miliknya giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online terkenal, eBay, yang berpusat di AS.

Siapakah lelaki ini?

Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan kini dilaporkan sebagai jutawan terkaya di China.

Dua portal jualannya, iaitu Taobao Marketplace dan Tmall.com, kini mendominasi sistem portal jualan internet di China.

BACA: Patutlah ada persamaan, rupanya pengasas Al-Arqam pernah jadi Bendahari Pemuda Pas!