Lelaki warga asing maut ketika minum air oren waktu berbuka, rupanya ini yang jadi sebenarnya

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.20 malam.

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas ditikam oleh rakan sekerja semasa berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, malam tadi.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek lelaki berusia 51 tahun marah kerana mangsa dikatakan meminum air oren suspek ketika berbuka puasa.

Lelaki warga asing maut ketika minum air oren waktu berbuka, rupanya ini yang jadi sebenarnya

“Mangsa yang merupakan warga Bangladesh berusia 49 tahun bekerja sebagai pekerja am. Mangsa dan suspek warga Pakistan berkongsi asrama di dalam kontena yang dijadikan asrama kilang.

“Kejadian dipicu apabila suspek marah kerana mangsa meminum air orennya semasa berbuka, lalu suspek menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh