Video tular situasi orang ramai penuhi CAC Shah Alam

Lelaki sahkan video tular situasi orang ramai memenuhi CAC Shah Alam.

BERDOALAH kalian ketika diuji…!

Saya tidak pasti video dari siapa yg diviralkan sejak tenghari tadi.

Namun sejak tengahari juga, hampir belasan panggilan telefon, mesej, termasuk editor media perdana menghubungi saya untuk pengesahan.

Apa yg boleh saya sebut, ya, saya sahkan video itu tulen, kejadian sebenar, dan itulah fenomena pagi tadi. Bahkan itulah juga suasana di perkarangan parkir belakang Stadium Shah Alam yg dijadikan laluan untuk kemasukan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) Stadium Malawati Shah Alam sejak hampir 3 minggu sudah ketika lockdown, dengan beberapa pengecualian dikuatkuasakan oleh Kerajaan sejak Jun lepas.

Sejak Februari 2021, Kerajaan Malaysia melalui KKM bekerjasama penuh dengan Kerajaan Negeri Selangor, serta pelbagai agensi terlibat, termasuk PDRM, MBSA, Pejabat Daerah, Pengurusan Stadium (Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd), dan juga dengan beberapa NGO, termasuklah IMAM Response & Relief Team – IMARET, MERCY etc, untuk bersama menguruskan CAC terbesar di Malaysia tersebut.

Sebenarnya – apa jua angka atau pattern kehadiran di CAC Malawati itu, itulah juga menunjukkan ‘trend semasa’ Covid-19 yg berlaku di Malaysia setiap kali pengumuman dibuat. Kami merasainya lebih awal.

Semua petugas dalam dan luar Stadium dapat rasakan bahang dan tahap kritikalnya Covid-19 itu itu saban hari, ketika mula bertugas seawal 6:30 pagi, hingga setengahnya sampai tengah malam.

Untuk rekod, sejak operasi CAC dimulakan awal Feb-2021 lepas, kehadiran paling ramai adalah pada Isnin 28 Jun 2021, mencecah angka 3,000 pengunjung yg positive sehari, hanya daripada Daerah Petaling sahaja. Hingga hari yg sama keputusan terpaksa dibuat untuk 1/3 dari jumlah tersebut ‘diarah pulang’ dahulu, dan datang semula pada hari berikutnya. Angka sebesar itu sudah sungguh luar kemampuan CAC terbesar Negara itu!

Namun fenomena pagi tadi, Isnin 5 Julai 2021 telah mencipta rekod terbaharu yg perlukan perhatian semua pihak terlibat, dan mereka yg membuat keputusan di Putrajaya sana. Datang dan lihat sendiri keputusan kamu.

Bagi yg bertugas, dari agensi atau sukarelawan, semua faham bahawa majority hadir itu adalah daripada kluster tempat kerja, khususnya kilang. Walau ‘kluster kilang’ tidak banyak jumlahnya, tetapi jika setiap kilang menyumbang angka puluhan atau ratusan bagi sesebuah lokaliti, kita dapat bayangkan betapa seriousnya kesan daripada keputusan yg telah dibuat oleh pihak atasan sana pada semua kita.

Saya dan sahabat di sini hanyalah terlibat menyumbang dalam pengurusan ratusan (crowd handling) ribuan pengunjung yg hadir ke CAC Malawati itu sejak beberapa bulan lalu. Kami cuba korbankan tenaga & masa bersama puluhan frontliners yg terlibat untuk Negara tercinta ini.

Kami susun dan kami santuni semua mereka, dari pelbagai warganegara, bangsa dan agama, usia warga emas hingga baby, dengan penuh hemah & hikmah. Dan kami ajak semua mereka turut berdoa atau bertafakkur di setiap pertemuan kami di pagi hari memohon kebaikan daripada Allah atas ujian yg dilalui bersama ini.
.

Saya yakin, kita sedang bersama meniti jalan keluar yg terbaik ( مخرجا صدقا ) atas apa ujian yg dilalui dgn penuh sedar dan yakin, mengharap hanya padaNya.

BERDOALAH kita yg diuji kerana ia pasti diperkenan oleh Nya…

Sumber :

BACA JUGA : Covid-19 : Sukar lupa saat 50-50, diminta hubungi keluarga