Lelaki runtuhkan rumah sendiri lepas bekas isteri kantoi bawa suami baru duduk sekali

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang lelaki di Ponorogo, Jawa Timur, mengambil tindakan drastik dengan merobohkan rumah yang dibina hasil titik peluhnya sendiri.

Keputusan itu dibuat selepas mengetahui bekas isterinya berkahwin lain

Dan terus tinggal di rumah tersebut bersama suami baharu, lapor portal berita Detik.

Menurut Ketua Masyarakat Tempatan, Bambang Sucipto, rumah tersebut asalnya dibina hasil usaha lelaki berkenaan dan bekas isterinya.

“Rumah itu didirikan di atas tanah milik isterinya, tetapi pembinaannya menggunakan wang gaji suaminya yang bekerja di luar negara.

Lelaki runtuhkan rumah sendiri lepas bekas isteri kantoi bawa suami baru duduk sekali

“Namun, ketika suami pulang ke rumah, isterinya meminta cerai,” jelas Bambang.

Kecurangan Terbongkar

Tambah Bambang lagi, lelaki tersebut kemudiannya mendapati bekas isterinya berlaku curang. Lebih mengecewakan, wanita itu berkahwin semula dan membawa suami baharu tinggal di rumah yang dibinanya.

Perkara ini menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan sehingga dia nekad menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah itu.

Tular di Media Sosial

Rakaman video menunjukkan proses perobohan rumah tersebut menjadi tular di media sosial. Video itu memaparkan jentolak meranapkan kediaman berkenaan hingga runtuh sepenuhnya.

Namun, tiada maklumat lanjut mengenai reaksi atau tindakan bekas isteri selepas kejadian itu.

BACA: Penternak nekat lelong 10,000 ikan patin habiskan dalam masa sehari!