Lelaki rugi RM65 ribu beli tiket loteri untuk menang RM1.1 juta

Lelaki rugi RM65 ribu beli tiket loteri untuk menang RM1.1 juta.Impian seorang lelaki untuk bergelar jutawan segera, musnah selepas tiket loteri dikatakan memenangi wang tunai RM1.1 juta, hanya penipuan nombor ramalan yang mencari mangsa di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 45 tahun juga kerugian RM65,180 yang didakwa diserahkan kepada suspek, bagi mendapatkan nombor ramalan itu.

“Mangsa mendakwa mengetahui mengenai perkhidmatan menilik nombor ramalan semasa melayari Facebook pada awal Mac lalu, dan dia menghubungi nombor WhatsApp tertera di akaun media sosial, bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Suspek lelaki yang berurusan dengan mangsa mendakwa dirinya mempunyai nombor ramalan tiket loteri akan memenangi wang tunai RM1.1 juta, menyebabkan mangsa tertarik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lelaki

Lelaki rugi RM65 ribu beli tiket loteri untuk menang RM1.1 juta

Mohd Wazir berkata, suspek dikatakan meminta mangsa membuat bayaran atas alasan pembelian tiket loteri, bayaran cukai serta kos pentadbiran, sebelum wang kemenangan boleh dikreditkan ke akaun mangsa.

Mangsa mendakwa membuat bayaran itu menerusi transaksi pemindahan dalam talian secara ansuran sebanyak 16 kali bermula Mac hingga awal minggu ini, tanpa menyedari jumlah keseluruhan ialah RM65,180.

BACA: Setelah didedah akhirnya Hotel Primula Beach ditutup 2 minggu

“Mangsa mula curiga apabila belum memperoleh wang kemenangan itu, selain mendakwa suspek mengugut mahu menghantar orang mencarinya, jika tidak meneruskan bayaran seperti diminta apabila ditanya,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/09/860433/lelaki-tertipu-tiket-menang-rm11-juta

BACA: “Jangan jadi penipu macam Presiden Umno”, Papagomo ‘sound’ Asyraf Wajdi