Lelaki nekad tinggal kerja offshore sebab nak jaga ibu sakit, tak sangka bisnes berkembang selepas jual cream puff

DUIT boleh dicari, mak ayah tiada galang-ganti. Begitulah kata-kata lelaki berusia 29 tahun ini yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi menjaga ibu tercinta.

Azrul Nizam Azali, 29, pernah bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak di Terengganu sebelum menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2016.

Mesra disapa Ayul, dia mengakui berat hati dengan keputusan itu namun berlapang dada demi menguruskan ibunya, Fatimah Ariffin, 66, yang mengalami masalah buah pinggang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Enggan mempersiakan masa yang ada selepas pulang ke kampung di Yan, Kedah, dia mula berniaga cream puff sebelum mengorak langkah menjadi pengusaha kek sejak awal 2017.

“Saya bermula dengan jual cream puff di rumah. Kemudian dah mula ada pelanggan, saya cuba ikut permintaan mereka. Baru saya buat kek pula.

Lelaki nekad tinggal kerja offshore sebab nak jaga ibu sakit, tak sangka bisnes berkembang selepas jual cream puff

Ayul pernah bekerja dengan sebuah syarikat cari gali minyak.

“Dari situ saya menapak ke satu tapak yang lain. Pada tahun 2019 saya buka kedai, kemudian tahun 2020 saya buka sebuah lagi kedai.

“Satu kedai untuk production, satu kedai lagi untuk jualan,” ujarnya kepada mStar.

Berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus.

Mengimbas detik peralihan kerjaya itu, Ayul berkata dia sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga ibu bapanya.

Malah kata Ayul, berkat menjaga ibu, urusan perniagaannya juga dipermudahkan dan dia bersyukur dengan rezeki yang diraih selama ini.

“Saya kerja offshore tiga tahun. Masa mak mula sakit, saya ambil cuti tanpa gaji selama empat bulan. Tapi keadaan itu agak sukar buat saya. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti.

ayul5

Antara kek yang dihasilkannya.

“Hanya saya dan adik yang belum kahwin. Jadi saya berkorban untuk jaga mak. Saya yang uruskan dialisis mak, pada masa sama saya buat bisnes.

“Tipulah kalau tak rindu kerja yang dulu. Sebab ia cukup berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tapi saya percaya ada hikmahnya.

ayul2

Ayul merancang membuka sebuah kilang roti pada tahun 2022.

“Saya bersyukur dengan rezeki ini, berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus. Ayah pun dah umur 70, jadi saya ambil tanggungjawab untuk jaga mereka berdua,” ujarnya.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, dia juga banyak berkongsi ilmu mengenai pembuatan kek, bisnes dan pemasaran melalui aplikasi TikTok.

ayul3

Ayul (kanan) bersama sebahagian ahli keluarganya.

Selain bisnes kek, Ayul turut mengusahakan khidmat ‘surprise planner’ sejak tiga bulan lalu.

Malah, dia juga dalam perancangan untuk membuka sebuah kilang roti pada tahun depan.

Dalam temubual sama, Ayul sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan.

“Untuk yang baru berniaga, jangan putus asa. Kena cuba buat dulu. Jangan fikir siapa yang nak beli?

“Buat dulu baru jual. Bila dah mula, kita dah tak boleh toleh ke belakang. Jadi kita akan sentiasa ke depan,” ujarnya lagi.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/07/23/rela-tinggalkan-kerja-offshore-demi-insan-tercinta-jejaka-ini-jual-cream-puff-nak-sara-hidup-kini-ada-2-kedai-kek-rancang-buka-kilang-pula

BACA JUGA : Panas !!! Kertas Pandora dedah bagaimana 1MDB turut terkait dalam penipuan India dan Rusia

COMMENTS

Wordpress (0)