Lelaki nekad lari dari bilik kuarantin di tingkat 5 guna kain cadar

Lelaki nekad lari dari bilik kuarantin di tingkat 5 guna kain cadar

Lelaki nekad lari dari bilik kuarantin di tingkat 5 guna kain cadar. Seorang lelaki dari Queensland, Australia didakwa selepas cuba melarikan diri melalui tingkap bilik hotel di tingkat lima di mana dia dikuarantin.

Travis Jay Myles didakwa mengikat cadar katil untuk dijadikan tali sebelum memanjat keluar melalui tingkap.

Myles tiba di Australia Barat menerusi penerbangan dari Brisbane pada Isnin, namun tidak membawa Pas G2G yang diperlukan.

Lelaki

Dia membuat permohonan semasa tiba di Lapangan Terbang Perth, tetapi ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hotel untuk dikuarantin sebelum penerbangan pulang ke Queensland.

Bagaimanapun, polis berkata Myles berjaya melarikan diri dari bilik hotelnya kira-kira jam 12.45 pagi Selasa.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-lelaki-nekad-ikat-cadar-di-tingkat-5-untuk-lari-dari-bilik-kuarantin-309506

Jika Terlepas: Lelaki tikam jiran sebab buat bising ditahan polis