Lelaki mengaku tak pernah tengok muka isteri walaupun dah kahwin 47 tahun dan ada 10 anak

Lelaki mengaku tak pernah tengok muka isteri walaupun dah kahwin 47 tahun dan ada 10 anak

Lelaki mengaku tak pernah tengok muka isteri walaupun dah kahwin 47 tahun dan ada 10 anak. Seorang lelaki Arab Saudi berkongsi satu kisah unik apabila mendedahkan tidak pernah melihat wajah isterinya walau sekali biarpun sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut selama 47 tahun dan memiliki 10 orang anak.

Kisah berkenaan menjadi tular selepas satu rakaman perbulanannya dengan seorang individu menjadi viral semula di media sosial baru-baru ini. Difahamkan, rakaman berkenaan pernah menjadi tular dua tahun lepas.

Ketika diajukan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi, lelaki berkenaan membuka kisah yang lebih memeranjatkan. Menurut lelaki itu, isterinya merupakan seorang wanita daripada sebuah puak yang memegang teguh kepada tradisi lama yang dianggap sebagai ultra konservatif, dimana menunjukkan wajah kepada orang lain dianggap sebagai janggal.

Difahamkan, tradisi berkenaan sudah berusia ribuan tahun dan semakin dilupakan, bagaimanapun masih ada sebilangan kecil dari puak-puak tertentu yang berpegang teguh kepada budaya tersebut.

Oleh kerana menghormati tradisi dan kehendak isterinya, dia mengambil keputusan untuk tidak memaksa dan mengakui tidak pernah walau sekali pun meminta untuk melihat wajah wanita yang dikahwiniya itu.

Lelaki mengaku tak pernah tengok muka isteri walaupun dah kahwin 47 tahun dan ada 10 anak

Katanya lagi, dia menerima kehendak isterinya itu dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan kehidupan bersamanya. Ini dapat dibuktikan apabila pasangan tersebut dikurniakan 10 orang zuriat sepanjang lebih 47 tahun hidup bersama.

BACA:

Lelaki ‘kantoi’ menyamar jadi doktor minta gambar alat sulit wanita

Armada Bersatu ugut boikot pilihanraya jika kerusi Jasin diberi kepada PAS

Rani Kulup sahkan bertanding di Parlimen Port Dickson

CATEGORIES