Lelaki mengaku bersalah cuba rogol warga emas dalam kebun getah

Lelaki mengaku bersalah cuba rogol warga emas dalam kebun getah.Seorang penganggur warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba merogol seorang wanita warga emas pada Februari lalu.

Tertuduh, Mr. Hamaya Romli,38, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah cuba merogol seorang wanita warga emas yang berusia 61 tahun.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di kawasan kebun pokok getah di Kampung Limau Purut, Tanah Merah kira-kira pukul 9 pagi, pada 23 Februari lalu.

Lelaki

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna memohon tiada jaminan ditawarkan sepanjang perbicaraan kes kerana tertuduh tinggal bersebelahan rumah mangsa yang kini trauma dengan kejadian tersebut.

Tertuduh dalam rayuannya mengakui melakukan kesalahan itu kerana berada dalam keadaan mabuk sebelum cuba merogol mangsa.

“Saya minum arak dan mabuk sebelum keluar untuk memancing ikan ketika itu. Saya hanya ingat saya memegang wanita tersebut,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/09/penganggur-mengaku-cuba-rogol-warga-emas/

BACA: “Marzuk melangkaui kuasa Raja-Raja Melayu dalam pengumumannya”

COMMENTS