Lelaki masukkan mercun dalam dubur kucing dan bakar, ini yang jadi..

Lelaki masukkan mercun dalam dubur kucing dan bakar, ini yang jadi. Polis Sumba memburu sejumlah lelaki selepas mereka didakwa membakar mercun yang dimasukkan ke dalam dubur seekor kucing dalam satu kejadian, di sini semalam.

Kes itu terbongkar selepas video yang menunjukkan mereka membakar mercun pada dubur kucing itu menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap polis Sumbawa, Ivan Roland Cristofel berkata, polis memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.

“Kami sudah memeriksa beberapa akaun Facebook dan dalam video tersebut, sejumlah lelaki di dapati sengaja memasukkan mercun ke dalam dubur kucing dan membakarnya.

Lelaki masukkan mercun dalam dubur kucing dan bakar, ini yang jadi..

“Video itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menggesa supaya semua pelaku ditangkap kerana bertindak zalim terhadap haiwan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Sehubungan itu, Ivan memberitahu, polis sudah melakukan koordinasi untuk mengenal pasti video tersebut dan pelakunya.

Jelas beliau, polis juga sudah mengenal pasti alamat semua pelaku dan akan melakukan penahanan segera.

“Semua pelaku di dalam video itu bertutur dalam bahasa Sumbawa dan kami sudah mengenal pasti satu daerah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian.

“Kami akan ambil tindakan segera,” tegasnya.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan seorang pemuda memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing.

Ketika mercun itu meletup, dapat dilihat kucing terbabit mengalami kesakitan dan reaksi haiwan itu ditertawakan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Video itu pada mulanya dikongsi dalam Facebbok sebelum tular dalam beberapa media sosial lain.

TONTON:

BACA:

Isteri Syamsul Yusof dedah perosak sebenar rumahtangganya, anak pelakon terkenal rupanya

Alyah buat pendedahan berani mengenai Tok Ram, tak sangka..

Suami degil pergi besarkan ‘anu’, isteri nekad minta cerai

CATEGORIES