Lelaki jumpa beg plastik dipenuhi duit kertas mencecah nilai 4 angka, apa yang jadi selepas itu mengejutkan ramai orang

Oleh GEMILANGDAILY

Lelaki jumpa beg plastik dipenuhi duit kertas mencecah nilai 4 angka, apa yang jadi selepas itu mengejutkan ramai orang

REZEKI datang bergolek, mahupun duit terpijak dapat digambarkan apabila menemui sejumlah wang tanpa disangka-sangka.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah yang dialami oleh seorang pengguna Facebok apabila menemui ribuan ringgit.

Lelaki jumpa beg plastik dipenuhi duit kertas mencecah nilai 4 angka, apa yang jadi selepas itu mengejutkan ramai orang

“Ya Allah, duit siapa yang jatuh ni. Banyak ni, satu plastik penuh duit RM100 dengan RM50. Walaupun duit kertas, terasa beratnya. Aku yakin, banyak ribu duit dalam plastik ni. Masa aku ambil, terus aku letak dalam raga motor,” tulis seorang pengguna Facebook bernama Karya Azman sehingga dikongsi lebih 1,000 kali.

 

Walaupun ketika itu hujan semakin lebat, dia tetap setia menunggu di tepi jalan bagi menanti sekiranya ada orang singgah bertanyakan mengenai kehilangan wang.

Azman menunggu di tepi jalan menanti sekiranya ada orang mencari wang yang hilang.

Dia kemudian melihat sebuah kereta Avanza merah berhenti di tempat dia menunggu sebelum beberapa orang termasuk pemandu keluar dari kereta seperti mencari sesuatu di jalan.

Dalam keadaan hujan lebat, dia ditegur daripada salah seorang daripadanya sebelum bertanyakan apakah yang mereka cari, namun enggan mendedahkan butiran kehilangan itu.

“Duit ke yang hilang tu? Dia berhenti dan melihat aku, mana kamu tahu? Saya agak je, bila dah semua satu famili keluar kereta, mestilah benda berharga, duit ke, telefon ke, barang kemas yang hilang.

Sanggup Berhujan Tunggu Pemilik Di Tepi Jalan Jumpa Beg Plastik Berisi  Tunai 4 Angka – Siakap Keli Press

“Ya… duit hilang, dalam plastik, tak sempat masukkan dalam beg sebab hujan. Masukkan je dalam plastik tu… banyaklah juga sebab nak bayar duit baiki kereta sebuah lagi kat bengkel. Lepas tu duit pakai belanja bulan nilah,” katanya yang mengimbas kembali perbualan dengan pakcik tersbut.

Beg plastik berisi wang yang dijumpai diletakkan di dalam raga motosikal.

Azman berkata, dia bertanyakan berapa jumlah duit dengan nilai yang kecil bagi memastikan lelaki berkenaan benar-benar kehilangan wang sebelum diberikan jawapan.

“Maknanya, duit yang saya jumpa ni memang betullah duit pakcik. Saya risau juga kalau orang mengaku duit dia hilang. Tadi, saya baru nak tanya dalam grup WhatsApp kampung saya.

“Nampak pakcik keluar dari kereta, saya tak jadi tanya dalam grup WhatsApp. Betul duit ni pakcik punya, dalam raga kotor saya ni,” katanya.

Jangan ambil hak bukan milik kita. Biar miskin macam mana pun, jangan sesekali ambil hak bukan kita punya
AZMAN
Dia kemudian menyerahkan beg plastik yang mengandungi wang itu kepada pakcik berkenaan sebelum beredar.

Menurut Azman, lelaki berkenaan termasuk isterinya cuba memujuk beberapa kali dengan memberikan sejumlah wang sebagai penghargaan di atas penemuan wang tersebut.

 

Namun selepas didesak berkali-kali, dia akhirnya mengambilnya beberapa keping sebagai tanda tidak menolak pemberian orang.

“Pada aku, inilah rezeki aku yang sebenarnya. Walaupun aku dah jumpa duit hampir RM5,000 dan RM150 yang aku ambil, itulah rezeki aturan daripada Allah yang sebenarnya, bukan duit satu beg plastik yang aku jumpa,” tambahnya.

Dengan wang yang ditemui itu, Azman membayangkan ia boleh digunakan untuk menampung kos mengubah suai rumah, membeli jam tangan mewah atau motosikal baharu.

“Mujurlah hati ni, aku dah ajar. Jangan ambil hak bukan milik kita. Biar miskin macam mana pun, jangan sesekali ambil hak bukan kita punya,” katanya

BACA:

‘Geli mat!’ Ingatkan kunyah roti canai, rupanya gadis ini kunyah tali mop siap tersangkut di braces