Lelaki jual baju dalam wanita, siap pakai lagi jadi perhatian warganet

Lelaki jual baju dalam wanita, siap pakai lagi jadi perhatian warganet. Perniagaan dalam talian di China dilaporkan menggunakan model lelaki untuk menjual pakaian dalam wanita bagi mengeksploitasi kelemahan undang-undang yang terdapat di negara itu.

Lapor Oddity Central, perdagangan menggunakan penstriman secara langsung sangat popular di China terutama melibatkan perniagaan alat solek, pakaian dan produk makanan yang bergantung kepada model untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan ketara.

Walau bagaimanapun, beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa China mula membanteras industri penstriman secara langsung dengan mengenakan siri peraturan dan garis panduan yang ketat serta mengharamkan saluran yang melanggarnya.

Video mukbang dari Korea Selatan diharamkan kerana mempromosikan sisa makanan begitu juga dengan wanita yang memakai pakaian dalam ketika sesi jualan secara langsung berisiko didakwa menyebarkan maklumat lucah.

Lelaki jual baju dalam wanita, siap pakai lagi jadi perhatian warganet

Menurut akaun Twitter popular @xiaojingcangxue, beberapa saluran perdagangan penstriman secara langsung kini beralih kepada model lelaki yang kurus untuk mengenakan pakaian dalam wanita bagi mengelak daripada sebarang pelanggaran undang-undang.

Baca Artikel Penuh