Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar. Kalau ditanya apa agaknya makanan yang viral semasa bulan Ramadan kali ini, pasti ramai yang akan menyebut tentang nasi arab dari Chef Ammar ini. Penangan masakan ini juga bukan calang-calang apabila ramai yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk mencuba sendiri masakan tersebut.

Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang menunjukkan tutorial menjadi pelanggan pertama di gerai Chef Ammar di bazar Ramadan ini. Malah rata-rata netizen turut sama terkejut apabila mendapat tahu dia beratur seawal jam 9 pagi untuk membelinya.

@tokzacx

Tutorial First Customer Nasi Arab @[email protected]πŸ‡²πŸ‡Ύ chefammarali πŸ‡΅πŸ‡Έ…. #nasiarabchefammar #nasiarab #fyp #xyzbca

♬ original sound – zacxzicxzoucx – zacxzicxzoucx

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia berjaya menjadi pelanggan pertama untuk gerai nasi arab jualan Chef Ammar itu. Macam yang semua tahu, para pelanggan selalunya dinasihatkan datang lebih awal untuk membeli nasi arab tersebut.

Lelaki ini yang berjaya menjadi pelanggan pertama dilihat hadir di tapak bazar Ramadan yang masih kelihatan kosong itu.

Dia turut menunjukkan jam yang baru menunjukkan pukul 9 pagi ketika itu di mana dia berjaya menjadi yang pertama tiba.

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

Tidak lama kemudian, turut kelihatan para pelanggan yang mula berbaris panjang dan Chef Ammar juga tiba di tapak bazar itu untuk memulakan jualan. Melihatkan kegigihannya ini, ramai pula netizen tidak menyangka ada yang akan mula beratur seawal itu.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian lelaki ini turut menarik perhatian netizen. Malah ada yang berseloroh mungkin juga ada yang perlu mula beratur di situ selepas sahur untuk menjadi pelanggan pertama seperti lelaki ini.

β€œWah jam 5 sahur, jam 9 dah beratur untuk beli juadah berbuka.”

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

β€œAwal sangat bang.”

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

β€œOk aku nak bawak tilam tidur situ terus lol.”

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

β€œBetul betul takda kerja ni bang.”

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

TONTON:

BACA:

Tular pekeliling arahan henti penguatkuasaan pelitup muka, ini penjelasan Bukit Aman

Baru umur 6 tahun tapi dah tumbuh payudara, terkejut ibu anak perempuan ni..

Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen

CATEGORIES