Lelaki ini dedah kenapa tiba-tiba ramai nak jual sambal macam Khairul Aming yang buat ramai baru terfikir

Lelaki ini dedah kenapa tiba-tiba ramai nak jual sambal macam Khairul Aming yang buat ramai baru terfikir.

Tengok Khairul Aming jual sambal sampai 13,000pcs dalam 2 minit, kome pun dandan nak meniaga sambal jugak.

Mulalah dicedok sambal hasil resipi turun temurun 7 keturunan belah nenek Timah kejap lagi di packing dan dijual.

Lelaki ini dedah kenapa tiba-tiba ramai nak jual sambal macam Khairul Aming yang buat ramai baru terfikir

Tapi bila try jual sendiri, krikkk krikkk takde sales pun.

Kat mana silapnya ni?

Sambal tu tak bersalah, juga bukan resipi Nek Timah yang tak betul.

Meh sini saya share kenapa Khairul Aming boleh meletups letuss sampai 2 minit boleh jammed phone dengan noti dari Shopee. Dimasa sama orang lain terkial-kial nak jual sebalang sambal pun walaupun dah guna cili import dari Ostrolia.

1. Khairul Aming ni dia tak start dengan menjual sambal ya kengkawan. Dia mula dengan membina nama dulu. Bertahun dia muncul bulan puasa berwasssap gaiss dari orang tak layan sampai orang follow tiap hari resipi dia. Orang lain yang folo membuba buta tu start-start terus nak menjual. Takde sharing apa pun. Macam mana orang nak tau pasal sambal kome.

2. Iya, sambal dia takde yang special pun. Bukanlah sambal paling sedap. Pun tak rasa ketagih tak boleh tido kalau tak pekena sambal dia. Tapi orang beli sebab dia adalah Khairul Aming. Bukan sebab dia ada PhD dalam jurusan sains sambal. Orang sekarang kan beli sebab suka ponder dia. Beli tudung duck sebab Vivy. Beli sambal sebab Khairul Aming. Beli mekap Kylie sebab Kylie Jenner. Tu la zaman sekarang. Founder jadi influencer. Consumer membeli barang sebab founder.

3. Content, content, content yang bermanfaat. Khairul Aming buat content ajar, ajar dan ajar orang memasak. Dari orang termangu kat dapur tak pandai masak, kini dah boleh masak banyak resipi tanpa perlu pergi kelas memasak pun. Tak perlu dia menari meliuk lentok pakai baju swimming di hari raya. Semua orang siuman boleh ikut strategi Khairul Aming nih. Share content yang membantu orang setiap hari.

4. Dia buat produk launching sambal setiap kali dia jual. Jual sambal pun boleh launching. Ingat jual iPhone je ke boleh launching. Sambal dia jadi limited edition. Boleh beli lalu dia je. Limited channel. Jadi orang pun berebut. Bukannya dia jual sambal lalu dropship yang sampai dropship lagi ghamai dari orang yang nak beli. Walaupun sambal biasa, tapi dia buat limited edition.

5. Harga sambal dia pun munasabah la jugak. Bukan harga Firaun, bukan harga yahoodee. Ini ada orang tu jual sambal, harga tak mengagak. Mementang pakai sistem agent, kemain harga sambal dah makap jadi macam harga wagyu! Pastu menjejey sedih sambal tak laku.

6. Khairul Aming ni bijok orangnya. Dah laku keras, dia hire team. Team dia ramai walaupun dalam video tu nampak dia sorang. Dia bukan macam penjual sambal tradisional yang buat one man show. Dia lah masak, dia lah packing, dia lah promote, dia lah design. Last sekali dia je lah yang makan sendiri sambal dia hari2.

7. Dapat duit, dia expand business dulu. Bukan pergi buat lawatan ke JPO borong bag LV. Bukan terus booking deposit mustang siap-siap. Idoknya. Dia masih lagi maintain overhead diri dia. Reward dia, dia tangguhkan. Bukan macam sesetengah founder tu. Baru la laku sikit, dah terus pusing keliling Europe siap bawak balik bag Chanel berbondong-bondong. Sampai Malaysia, dah tak boleh meniaga dah modal nak beli cili dah habis kat beg tangan.

Apa pun, saya kagum dengan Khairul Aming. Dia jadi ikon anak muda berjaya dengan strategi-strategi bisnes dia yang bagus tanpa perlu berhimpit-himpit pergi seminar motivasi sana-sini dan amek pakej hotseat untuk berjaya.

Dia membuktikan, tanpa perlu keluar modal yang besar, tanpa perlu ada kelulusan tinggi dalam bidang persambalan, tanpa perlu jadi anak murid mana2 sifu, tanpa perlu bergelek bikin kontroversi, tanpa perlu jadi anak Tan Sri, juga boleh berjaya.

Yang penting adalah sabar, konsisten bagi value, bijak menyusun strategi, disiplin, dia membuktikan sesiapa juga boleh berjaya.

BACA:

Kalau masuk hutan, tolong jangan sentuh benda bulat ini, kalau jumpa terus call Polis

“Abang ipar bujang lagi, mak mertua suruh aku layan abang ipar sama dengan suami?! Sekali lain pula yang jadi