Lelaki didakwa rogol adik ipar OKU

Seorang lelaki penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol adik ipar yang mempunyai masalah mental beberapa kali pada bulan lalu dan tiga tahun lepas.

Tertuduh berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa bawah umur berusia 15 tahun ketika itu yang diketahuinya seorang gadis cacat mental di sebuah rumah di Tanah Merah kira-kira pukul 6.30 petang pada Oktober 2018.

lelaki

PENOREH getah mengaku bersalah atas empat pertuduhan merogol gadis orang kurang upaya (OKU) mental di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa merogol mangsa yang kini berusia 18 tahun dalam kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Tanah Merah pada 1, 2 dan 7 Julai 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna mencadangkan agar mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh sebelum tarikh hukuman kerana tertuduh adalah abang ipar kepada mangsa dikhuatiri akan mengganggu gadis tersebut.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 15 Ogos ini untuk menjatuhkan hukuman.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2021/08/lelaki-didakwa-rogol-adik-ipar-cacat-mental/

BACA JUGA : Panas !!! MP Umno sudah kembali sokong Muhyiddin, dedah Nazri

Artikel ini disiarkan pada 01/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)