Lelaki dedah rahsia umur panjang lebih 100 tahun, hanya makan ulam dan..

Lelaki dedah rahsia umur panjang lebih 100 tahun, hanya makan ulam dan..

Lelaki dedah rahsia umur panjang lebih 100 tahun, hanya makan ulam dan..Seorang lelaki di Pasir Garam Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah dekat sini, dipercayai individu tertua di sini dengan berusia lebih 100 tahun.

Berdasarkan kad pengenalannya, kelahiran Ibrahim Wahid dicatatkan pada 1921, bermakna dia berusia 101 tahun.

Bagaimanapun, kelahirannya dikatakan lewat tiga tahun didaftarkan yang bermakna Ibrahim dilahirkan pada 1918 dan kini berusia sekitar 104 tahun.

Dalam usianya itu, Ibrahim masih sihat tanpa penyakit serius, mempunyai daya ingatan yang baik, masih boleh melihat dengan baik dan tiada masalah dari segi pendengaran.

Namun, selepas terjatuh di bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang pada Januari lalu, Ibrahim sukar berjalan dan kini terbaring.

Menurut anaknya, Khadijah, 73, kesihatan bapanya masih baik namun terpaksa terbaring disebabkan terjatuh dalam bilik air.

“Walaupun dia baring tapi fikiran bapa masih tajam, boleh tahu siapa yang berada di luar rumah. Matanya dapat melihat dengan jelas dan telinganya masih mampu mendengar dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Khadijah, yang merupakan anak kedua berkata, bapanya mempunyai enam anak dan semuanya masih hidup iaitu Aishah, 76, Ismail, 71, Ishak, 70, Norbiah, 57, dan Azizah, 56.

Lelaki dedah rahsia umur panjang lebih 100 tahun, hanya makan ulam dan..

Menurutnya, ayahnya berkorban demi membesarkan anak-anak sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi termasuk hingga ke luar negara dan berjaya dalam pekerjaaan masing-masing.

Khadijah berkata, bapanya menjalani kehidupan sederhana dalam aspek pemakanan terutama sayur kampung.

“Seperti orang dahulu, ayah juga gemar makan ulam, dia tidak tidur pada siang hari, minum air panas, tidur awal dan bangun awal sebelum solat Subuh,” katanya.

Isteri Ibrahim meninggal dunia pada 2018 pada usia 88 tahun.

Sementara itu, Ibrahim bersyukur kerana berpeluang melihat anak-anaknya berjaya.

“Alhamdulillah, saya masih dapat melihat semua anak-anak saya walaupun dalam keadaan berbaring kerana keadaan kesihatan sekarang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (I-Grow), Nordin Abdul Malek yang menziarahi Ibrahim menyatakan rasa bangga atas kesungguhan warga emas itu membesarkan anak-anaknya dan berjaya dalam pelajaran.

“Kesungguhan Ibrahim membesarkan anak-anaknya hingga berjaya wajar dicontohi penduduk di Parlimen Pasir Salak,” katanya.

BACA:

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki 

Anak hisap puting bapa di tempat awam, sekali kena ‘sekolah’ dengan ustazah ni..

Mira Filzah kongsi pengalaman jaga anak, “tidur satu jam je..”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)