Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat – ‘Ni legal!’

Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat – ‘Ni legal!’ Zaman sekarang sudah ada pelbagai cara untuk kita strim movie atau tonton apa-apa siaran langsung, tambahan pula mediumnya lagi canggih kan? Boleh tonton dengan mudah di mana-mana saja. Tapi jangan tak tahu, ada antaranya yang illegal. Kalau dah namanya ‘tak sah di sisi undang-undang’, sudah tentulah banyak masalah yang datang.

Contohnya kalau korang tengok bola EPL melalui mana-mana penstriman ‘haram’, mesti time tengah syok tengok player kesukaan nak rembat gol, tiba-tiba ‘stuck’. Tak pun keluar pop up ads bersepah, suruh daftar atau lebih teruk, siaran tu hilang terus. Potong stim betul! Itu belum kira risiko virus lagi. Macam-macamlah.

Tapi jangan tak tahu, sebenarnya ada je platform sah yang sediakan movie-movie terkini untuk korang layan. Paling best untuk kaki bola macam korang ni, nak layan live sukan pun boleh. Yang penting takda kena sekat, live hilang, iklan, strim tersekat-sekat dan sewaktu dengannya. Bebas!

Baca Artikel Penuh