Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya. Dahulu, laman Twitter pernah dikejutkan dengan satu ciapan yang dikeluarkan oleh seorang ‘butler’ yang didakwa sebagai pakar etiket. Dia mengatakan bahawa cara betul untuk memakan nasi adalah dengan menggunakan pisau dan garpu, bukannya tangan.

Pengguna media sosial daripada serata Asia telah ‘menerkam’ bekas butler keluarga diraja British tersebut selepas ciapan kontroversinya tular di laman Twitter pada 6 Mac 2021.

Grant Harrold, seorang lelaki yang mengisytiharkan diri sebagai “pakar etiket” dan sebelum ini bekerja untuk Putera Charles Britain dan anak lelakinya William dan Harry, telah membuat satu ciapan yang menyinggung perasaan ramai orang dan ia dibalas dengan lebih daripada 10,000 balasan.

“Tuan puan, kita kena sentiasa ingat untuk sentiasa menggunakan pisau dan garpu ataupun penyepit ketika memakan nasi,” dalam tulisannya berserta sebuah gambar yang menunjukkan pinggan yang hampir kosong dan seseorang sedang menggunakan pisau untuk untuk mengikis butiran terakhir beras pada garpu.

“Kami tidak menggunakan tangan atau jari!” sambungnya lagi disusuli emoji risau.

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Ciapan itu menimbulkan pelbagai maklum balas berbeza daripada kalangan warganet. Menariknya, sebilangan besar warganet yang membuat kenyataan balas adalah daripada kalangan orang-orang Asia sendiri.

“Adakah anda mengharapkan kami untuk menerima nasihat kulinari daripada orang yang sama menganggap kacang panggang benar-benar menarik?” tanya salah seorang pengguna Twitter dari Malaysia.

Manakala, pengguna Twitter dari negara jiran, Indonesia menyatakan, “Kebanyakan daripada kami, orang Asia akan gunakan tangan untuk makan,”

Menurut Statista, seorang manusia biasa yang tinggal di Asia akan mengambil 60.4 kg nasi setahun, hampir dua kali ganda berbanding dengan pengambilan purata bagi seluruh negara iaitu 38.4 kg beras bagi seorang individu. China merupakan pengeluar beras terbesar di dunia, diikuti oleh India dan Indonesia.

Ramai juga yang menzahirkan rasa hairan tidak dapat membayangkan bagaimana butiran nasi yang bersaiz kecil itu dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

Seorang pempengaruh British yang menetap di Malaysia, Rhys Williams juga pernah membuktikan bahawa makan dengan menggunakan tangan lebih rasa nikmat.

Reaksi chef selebriti terkenal di Malaysia

Sementara itu, sebuah surat khabar memetik kata-kata Chef Redzuawan Ismail (atau lebih dikenali sebagai Chef Wan) yang mengatakan ia merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya untuk ‘mengikuti cara pemikiran orang putih” apabila menyentuh mengenai isu makanan.

“Masakan Asia kebanyakannya terdiri daripada lauk pauk. Jika anda hanya menggunakan pisau dan garpu, bagaimana anda hendak mengambil nasi yang sudah bercampur dengan lauk pauk tanpa menggunakan sudu?”

“Kami juga memiliki budaya kami yang tersendiri. Tiada perkara betul atau pun salah.Jika sebahagian daripada kita suka makan nasi dengan menggunakan tangan, ia tidak menjadi satu masalah pun. Jangan jadi terlalu tegas,”

BACA:

Bicara gangguan seksual: Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom

Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni

Erni Zakri dedah perangai anaknya, “semua benda nak gigit”

CATEGORIES